Pertamanya,saya sesekali tidak menolak kemodenan kerana Islam juga mengajar kita tentang teknologi. Namun,sesekali Islam tidak akan terpengaruh dengan kemodenan yang kadang kala membawa keburukan dan kelemahan. Sebab itulah,Al-Quran itu relevan dulu,kini dan selamanya.Hukum yang ada dalam Al-Quran tidak boleh di tukar atas alasan mengikut kemodenan.
Saya tidak menolak E-Undi secara keseluruhan namun jika masih ada universiti yang masih belum mengamalkannya adalah wajar bagi saya menolak E-undi. Ini adalah beberapa perkara yang saya perolehi selepas mendengar pendapat dari forum anjuran BANTAH.
Penambahbaikkan pertama:
Hasil undian perlu di print untuk rujukan bagi sesi bantahan selepas tamat tempoh mengundi. Sebagai contohnya, saya kalah dengan satu undi kepada saudara arif. saya ingin membuat bantahan supaya menunjukkan yang memang saya kalah kepada saudara arif hanya dengan satu undi.Jika hasil undi tidak diprint,bagaimana kita ingin mengira semula undi jika tiada kertas undi utk dikira semula??jika hasil undian diprint dan diletakkan didalam box yang disediakan,kita boleh mengira semula adakah benar saya kalah hanya satu undi....kerana telah banyak peristiwa yang pada mulanya si A itu kalah dengan 50 undi,bila kira semula kertas undi si A menang dengan 100 undi.Jadi tunjukkan kepada saya e-undi ini boleh dikira semula jika bantahan dibuat kerana yang saya tahu apabila e-undi,keputusan bulat2 akan keluar dan tiada cara untuk mengira semula undi tersebut.
kedua:
tunjukkan pada saya memang betul2 undi saya masuk untuk calon yang saya undi.jika menggunakn secara manual,kita yakin yang kita pangkah calon kita yang kita undi. dan kita yakin bahawa kita lah yang memasukkan kertas undi itu ke dalam box yang disediakan.jika e-undi, tiada satu kaedah yang boleh kita lihat undi kita masuk ke dalam calon yang kita undi.jadi cadangannya,sekali lagi kita perlu print kertas undi dan masukkan dalam box. dan dapat melihat sendiri pertambahan pengundian kepada calon yang kita undi.
ketiga:
sebelum masuk ke dalam sistem e-undi,kita perlu memasukkan username dan password kita.sejauh manakah kerahsiaan undi yang kita berikan kepada calon kita?tolong tunjukkan kepada saya tentang perkara ini.
Kesimpulan:
saya sekali lagi menyatakan bahawa saya tidak menolak kemodenan dan teknologi.jika benar e-undi mendokong teknologi, saya kira sistem SMS lagi mendokong teknologi,lagi memudahkan dan lagi senang untuk pihak sekretariat mengira undi seperti AF.pelajar juga tidak perlu keluar dari bilik atau kolej mereka.malah time pilihanraya,mereka boleh mengundi ketika di atas bas untuk ke kuliah.
bukan alasan jika Pro M atau aspirasi menang jika e-undi ini dilaksanakan.tapi alasannya adalah sejauh mana sistem ini membantu proses dan pendidikan demokrasi kepada warganegara malaysia.jika Pro M menguasai kampus sekalipun untuk tahun 2010 dan pakatan menang PRU 13, kami tetap akan pendirian kami bahwa e-undi ini masih banyak kelemahan dan kekurangan.perlu penambahbaikkan dan adalah lebih baik ia ditukar kepada manual semula.