Memang tak dinafikan yang perlunya satu tempat untuk orang-orang yang bersalah. Kalau tidak, mana mungkin orang yang bersalah boleh jalan ‘Ikut suka aku’ (ISA) di bumi ini termasuk lah orang yang membunuh model, mengedar dadah, rasuah, korupsi, kronism dan lain-lain lagi. Kita semua juga bersetuju yang orang bersalah perlu didakwa dan dihukum, kalau tidak dia akan buat ‘ikut suka aku’ (ISA). Em di Malaysia, kalau orang mencuri, kena penjara beberapa tahun. Kalau rogol kena sebat dan penjara. Kalau edar dadh, huh kena gantung. Mereka didakwa dan di hokum setelah dituduh dan diberi kebenaran membela diri. Kalau tiada prima facie, bukti tak cukup, saksi tiada, DNA bukan yang tertuduh punya, maka tertuduh sudah tidak bersalah dan perlu dibebaskan dan mendapat kebebasan. Hal ini jelas. Baiklah, kalau hakim kata, Mamat! Kamu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana memiliki C4 (Bom), dan dianggap sebagai pengganas. Hal ini pun jelas. Keluarga mamat, isteri, anak-anak, pak sedara, nenek dan pembantu rumah tahu yang mamat akan dipenjara selama 10 tahun. Selepas 10 tahun, semua ahli keluarga mamat akan tunggu kat luar pagar penjara, dan sambut mamat untuk pulang kerumah dan mamat akan bebas dan berkata ‘Ikut Suka Aku’ (ISA) la lepas ni, aku dah bebas.
Tapi kalau Internal Security Act (ISA), tiada bicara. Tuduh, siasat 60 hari, tahan 2 tahun tanpa bicara. Rasa tak puas hati, Menteri Dalam Negeri tandatangan dan tahan lagi 2 tahun. Ish, tak puas hati lagi la, tahan lagi 2 tahun. Em, nak lepas ke tak ye? Takpe, tahan lagi 2 tahun. Dah cukup ke tak ye? Apa kata kita tahan lagi 2 tahun bagi cukup 10 tahun. Berkata lagi, 10 tahun tak masyok la, apa kata tambah lagi 2 tahun. Ha, itulah Internal Security Act (ISA). Kalau benar mereka dituduh pengganas, bawa mereka ke mahkamah. Kita lawan di court. Kata tok guru Nik Aziz, aku boleh lantik lawyer, mu boleh lantik lawyer. Kita lawan sama-sama. Ni tidak, tahan tak tahu berapa lama, rasa dah puas baru lepas. Tiada langsung untuk mereka membela diri di mahkamah. Tika saya melihat anak-anak, isteri tahanan, menangis saya. Kadang-kadang ada isteri tahanan yang tidak bekerja, terpaksa bekerja dengan serta merta. Anak-anak tak dapat bersama ayah semenjak umur 7 tahun hingga sekarang dah berumur 15 tahun. Bukan ayah mati, kalau mati, mak boleh cari ganti tapi ayah ditahan tanpa bicara. Kalau tahu ayah ditahan 10 tahun penjara, senang. Lepas 10 tahun, tunggu depan pagar penjara. Ini tidak, tak tahu bila ayah lepas.
Ya, memang perlu satu akta untuk pengganas tapi bukan ISA. ISA member kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk melanjutkan tahanan kepada 2 tahun dan 2 tahun seterusnya 2 tahun. Ini bukan soal politik, tapi soal kezaliman, mana perikemanusiaan. Kadang-kadang saya jumpa makcik-makcik dan anak muda yang sokong ISA ni. Saya tanya dia, dia ada ayah, abang, sedara yang ditahan ISA tak? Dia jawab tak. Saya pun kata, padanlah!! Kawan-kawan, kita ni tiada jaminan untuk tidak ditahan di bawah ISA. Kalau dia kata Ali, awak ditahan kerana berhubung dengan Osama bin Laden dan dianggap sebagai pengganas dan ditahan dibawah ISA! Yang Ali ni, telefon bimbit pun guna 3310 dan takder internet. Dia pun tak kenal Osama apatah lagi Osama kenal dia. Tapi dah dituduh dan tidak didakwa, Ali tak boleh bela diri. Ditahan. Isteri dan anak-anak yang terseksa. Sesetengah orang akan bersuka ria. Siapa, waa’allahua’lam.
Jangan Takut, Kerana Takut itu yang mereka mahukan- Pesan Isteri Bekas Tahanan ISA kepada saya dan rakan-rakan ketika mendengar cerita daripada beliau.