Wednesday, August 5, 2009

Internal Security Act atau Ikut Suka Aku: Dua-dua singkatannya ISA

Memang tak dinafikan yang perlunya satu tempat untuk orang-orang yang bersalah. Kalau tidak, mana mungkin orang yang bersalah boleh jalan ‘Ikut suka aku’ (ISA) di bumi ini termasuk lah orang yang membunuh model, mengedar dadah, rasuah, korupsi, kronism dan lain-lain lagi. Kita semua juga bersetuju yang orang bersalah perlu didakwa dan dihukum, kalau tidak dia akan buat ‘ikut suka aku’ (ISA). Em di Malaysia, kalau orang mencuri, kena penjara beberapa tahun. Kalau rogol kena sebat dan penjara. Kalau edar dadh, huh kena gantung. Mereka didakwa dan di hokum setelah dituduh dan diberi kebenaran membela diri. Kalau tiada prima facie, bukti tak cukup, saksi tiada, DNA bukan yang tertuduh punya, maka tertuduh sudah tidak bersalah dan perlu dibebaskan dan mendapat kebebasan. Hal ini jelas. Baiklah, kalau hakim kata, Mamat! Kamu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana memiliki C4 (Bom), dan dianggap sebagai pengganas. Hal ini pun jelas. Keluarga mamat, isteri, anak-anak, pak sedara, nenek dan pembantu rumah tahu yang mamat akan dipenjara selama 10 tahun. Selepas 10 tahun, semua ahli keluarga mamat akan tunggu kat luar pagar penjara, dan sambut mamat untuk pulang kerumah dan mamat akan bebas dan berkata ‘Ikut Suka Aku’ (ISA) la lepas ni, aku dah bebas.

Tapi kalau Internal Security Act (ISA), tiada bicara. Tuduh, siasat 60 hari, tahan 2 tahun tanpa bicara. Rasa tak puas hati, Menteri Dalam Negeri tandatangan dan tahan lagi 2 tahun. Ish, tak puas hati lagi la, tahan lagi 2 tahun. Em, nak lepas ke tak ye? Takpe, tahan lagi 2 tahun. Dah cukup ke tak ye? Apa kata kita tahan lagi 2 tahun bagi cukup 10 tahun. Berkata lagi, 10 tahun tak masyok la, apa kata tambah lagi 2 tahun. Ha, itulah Internal Security Act (ISA). Kalau benar mereka dituduh pengganas, bawa mereka ke mahkamah. Kita lawan di court. Kata tok guru Nik Aziz, aku boleh lantik lawyer, mu boleh lantik lawyer. Kita lawan sama-sama. Ni tidak, tahan tak tahu berapa lama, rasa dah puas baru lepas. Tiada langsung untuk mereka membela diri di mahkamah. Tika saya melihat anak-anak, isteri tahanan, menangis saya. Kadang-kadang ada isteri tahanan yang tidak bekerja, terpaksa bekerja dengan serta merta. Anak-anak tak dapat bersama ayah semenjak umur 7 tahun hingga sekarang dah berumur 15 tahun. Bukan ayah mati, kalau mati, mak boleh cari ganti tapi ayah ditahan tanpa bicara. Kalau tahu ayah ditahan 10 tahun penjara, senang. Lepas 10 tahun, tunggu depan pagar penjara. Ini tidak, tak tahu bila ayah lepas.

Ya, memang perlu satu akta untuk pengganas tapi bukan ISA. ISA member kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk melanjutkan tahanan kepada 2 tahun dan 2 tahun seterusnya 2 tahun. Ini bukan soal politik, tapi soal kezaliman, mana perikemanusiaan. Kadang-kadang saya jumpa makcik-makcik dan anak muda yang sokong ISA ni. Saya tanya dia, dia ada ayah, abang, sedara yang ditahan ISA tak? Dia jawab tak. Saya pun kata, padanlah!! Kawan-kawan, kita ni tiada jaminan untuk tidak ditahan di bawah ISA. Kalau dia kata Ali, awak ditahan kerana berhubung dengan Osama bin Laden dan dianggap sebagai pengganas dan ditahan dibawah ISA! Yang Ali ni, telefon bimbit pun guna 3310 dan takder internet. Dia pun tak kenal Osama apatah lagi Osama kenal dia. Tapi dah dituduh dan tidak didakwa, Ali tak boleh bela diri. Ditahan. Isteri dan anak-anak yang terseksa. Sesetengah orang akan bersuka ria. Siapa, waa’allahua’lam.

Jangan Takut, Kerana Takut itu yang mereka mahukan- Pesan Isteri Bekas Tahanan ISA kepada saya dan rakan-rakan ketika mendengar cerita daripada beliau.

Thursday, July 30, 2009

UPSI dan H1N1

Assalamualaikum w.bt dan salam kebajikan buat semua warga UPSI.
Pertamanya marilah kita sama2 berdoa kepada Allah, moga2 kita semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan diberkati oleh NYA. moga2 H1N1 ini menjadi satu peringatan buat kita sebagai manusia yang lemah lagi hina disisi NYA.
Insyaallah, jika sahabat-shabat semua menghadapi masalah, boleh terus menghubungi saya 0194552456. boleh juga melihat di UPSi portal untuk update maklumat.ni antara maklumat terbaru untuk yang bergraduat:



MAKLUMAN KEPADA BAKAL GRADUAN ISMP DAN DPLI BAGI ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS SIDANG KEDUA OGOS 2009 DAN SIDANG PERTAMA MAC 2010

TARIKH ASAL BERMULANYA PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK IAITU 3 OGOS 2009 TELAH DIPINDA KE TARIKH YANG BAHARU IAITU PADA 7 OGOS 2009 BERIKUTAN PENULARAN H1N1 DI UPSI. PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK TURUT DIBUKA PADA HARI SABTU DAN AHAD (8 & 9 OGOS 2009) BERMULA PADA JAM 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG.

Monday, July 27, 2009

Tambahan Kemudahan untuk Surau UPSI

Assalamualaikum w.b.t. Salam mahasiswa kebajikan untuk semua. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan kemudahan oleh Nya. Buat pengetahuan semua, kami telah membeli kemudahan baru untuk semua mahasiswa dan mahasiswi gunakan di surau An-Nuur, Surau IPSI dan Surau Bitarasiswa iaitu kemudahan selipar untuk ke tandas. kami melihat mahasiswa semua mengalami kesukaran dengan ketiadaan selipar yang mencukupi untuk ke tandas terutama di IPSI. jesteru, atas keprihatinan dan sedikit kutipan dan sokongan antara saya, hafizawati, aqilah, arif, adriyani, zulhilmi, anip, syam, armadi dan semua rexco kami, alhamdulillah kami dapat membeli dan menyediakan 10 pasang selipar. iaitu di An-Nuur (4 pasang-2 muslimin, 2 muslimat), di IPSI (4 Pasang- 2 muslimin, 2 muslimat) dan bitara (2 pasang-1 muslimin, 1 muslimat). Mohon jasa baik semua kawan2 mahasiswa untuk menjaganya bersama-sama. sebarang aduan dan masalah, boleh terus menghubungi saya di 0194552456





Di sini ada gambar selipar yang di beli, jangan ambil ye..Ada 3 warna iaitu merah, hijau dan biru. boleh digunakan mulai minggu ini dan sampai la ianya musnah di telan zaman....
Akmal Madzir,
MPP Mahasiswa

Saturday, July 25, 2009

Sunday, July 19, 2009

Surau di Perpustakaan

Assalamualaikum semua mahasiswa/i UPSI.

Alhamdulillah, di sini saya ingin war-war kan tentang penggunaan surau di library UPSI. Alhamdulillah, kini sahabat-sahabat mahasiswa mahasiswi boleh menggunakan surau di library UPSI dengan menggunakan pintu masuk daripada luar perpustakaan iaitu pintu library yang mengadap auditorium. Pihak library sudah meletakkan tanda “surau” dan boleh digunakan untuk kemudahan kita semua. Namun begitu, saya berpesan kepada semua mahasiswa/i agar menjaga kebersihan dan kekemasan surau tersebut.

Esok saya akan lampirkan gambar utk kemudahan kita bersama.

HARI MPP BERSAMA MAHASISWA

Friday, June 19, 2009

Kerajaan benarkan 338 bekas komunis pulang: Apa pendirian kerajaan sebenarnya?

Saya tidak pasti apakah pendirian kerajaan sebenarnya dalam hal ini. Jika sebelum ini, kecoh dikhabarkan bahawa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia kerana beliau adalah ahli Parti Komunis Malaya (PKM). Kemudian, kecoh pula Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Chin Peng boleh dibawa pulang kerana kerajaan dan PKM telah pun membuat perjanjian damai serta ramai juga tokoh PKM yang dibawa pulang ke Malaysia seperti Samsiah Fakeh. Dalam hal ini juga, ramai bekas tentera yang menyatakan bantahan tentang kepulangan Chin Peng kerana beliau merupakan musuh Negara (termasuk pemimpin-pemimpin korup yang makan duit rakyat). Sewajarnya beliau menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya dan sekiranya sudah setimpal, wajarlah dibawa pulang ke Negara asal, tempat dimana bumi dipijak. Pendapat saya ini, saya perkuatkan dengan kewajaran banduan yang melakukan kesalahan, akan menerima hukuman dan setelah itu banduan akan menjadi bekas banduan dan kembali kepada masyarakat. Namun begitu, tiada penjelasan jelas dari pihak kerajaan berkenaan isu ini. Nah, takkan Chin Peng yang seorang beriya-iya tak dibenarkan pulang sehingga kenyataan media heboh sana sini, 338 bekas komunis ini pula yang dibawa pulang ke tanah air kita. Apa-apa pun, sayangi Negara kita kerana cintai Negara adalah sebahagian daripada Iman.

Kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri:


Kerajaan benarkan 338 bekas komunis pulang


KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan permohonan 338 bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, permohonan mereka diluluskan selepas menjalani proses yang dikehendaki serta mematuhi syarat-syarat ditetapkan dalam perjanjian.

“Sepanjang tempoh tawaran tersebut, seramai 431 bekas anggota komunis memohon untuk pulang. Daripada jumlah itu, 338 permohonan diluluskan dan 93 ditolak atas pelbagai sebab seperti gagal mematuhi syarat-syarat dalam perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan.

“Daripada jumlah ini, terdapat juga permohonan yang ditarik balik atas kehendak pemohon sendiri,” katanya melalui jawapan bertulis terhadap soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Teresa meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan nama bekas anggota komunis yang dibenarkan balik ke Malaysia dan nama yang ditolak untuk pulang.

Beliau juga ingin tahu kriteria yang ditetapkan kementerian bagi membenarkan atau menolak bekas anggota komunis untuk pulang ke negara ini.

Hishammuddin berkata, menurut perjanjian antara kerajaan dan PKM, mana-mana bekas ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat termasuk memaklumkan hasrat untuk pulang kepada pihak berkuasa dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani dan menjalani proses temuduga serta dokumentasi.

“Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand,” katanya.

Hishammuddin berkata kekejaman yang dilakukan anggota komunis menyebabkan ramai rakyat dan anggota keselamatan yang terkorban dan ia memberikan kesan mendalam kepada rakyat.

“Demi mengelakkan kejadian yang mengancam keselamatan negara serta bekas anggota komunis, maka nama-nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan.

“Di atas faktor yang sama proses kepulangan mereka juga tidak akan diberikan sebarang publisiti,” katanya.

Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2875461.asp