Thursday, December 3, 2009

BTN dan Doa Tok Guru

Assalamualaikum w.b.t...salam zulhijjah buat semua..
Sehari dua ni agak kecoh sedikit dengan beberapa isu yang saya kira menyentuh mengenai diri ini. isu BTN, isu doa Tok guru,himpunan di kelantan dan pinang,beng hock dll..namun sedikit sentuhan atau touch up yang ingin saya berikan dan kongsi sama-sama..tak puas, tak syok dan tak menarik kalau isu yang ada ni kita tidak merespon, mengulas dan menganalisisnya secara bersama.kita semua berhak menyatakan pandangan dan pendapat masing-masing..semakin bebas seseorang, semakin terikat dia dengan undang-undang...

saya tidak mahu sangat menyentuh isu royalti minyak di kelantan kerana saya org pahang..katakanlah PRU 13 nanti pahang diperintah oleh YAB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,dan ada minyak dijumpai diperairan negeri pahang (pahang kaya dgn balak,tapi balak orang), dan najib (kalau beliau memeritah lagi, buat masa sekarang kurang yakin dah,kalau pahang PR perintah itu petanda baik) tak bagi royalti,mungkin saya akan meng 'amin' kan doa tok guru masa ni juga..

namun yang ingin saya sentuh adalah sedikit isu tentang BTN. sepanjang di UPSI,dua kali saya ke BTN..ada orang kata kem BTN ni kem biro tatanegara..tapi ada orang kata juga BTN ni 'T' nya dah hilang..tinggal kem BN sahaja..saya lebih suka untuk menerima mazhab yang kedua...
kem BTN pertama saya adalah ketika ingin melayakkan diri menjadi calon PRK UPSI..saudara/i bayangkan kalau lah calon-calon PRU kena pegi BTN,agaknya meriah skit kem tu..tapi apakan daya, microphone ada satu je iaitu utk penceramah...setelah saya pergi kedua-dua 'tamrin' ini, saya bersetuju dengan apa yang dibuat oleh kerajaan selangor dan pulau pinang....

saya pergi kali kedua selepas menjadi MPP..iaitu selepas berita PRK UPSI agak kecoh..manakan tidak, kosmo keluar, metro keluar, harakah pun keluar, siasah lagi sedap...keluar muka sekali..time tu memang kaw2 punya kena dengan rakan pro M yang ke BTN (saya dan zulhilmi,hanif agak kurang mungkin kerana nampak kesolehannya,rakan pro M UPSI yg lain lagi sedap tak pergi langsung)..saya saja nak ke BTN melihat reaksi mereka..saudara saudari bayangkan,kita pergi tu mereka(fasi2) dah kenal "akmal ke??"...terkejut saya..memang cita-cita nak jadi ahli parlimen tapi baru jadi MPP org dah kenal..saya adalah antara saksi yang boleh KPT dan Tan Sri Muhyiddin panggil untuk memberitahu apa isi kandungan BTN..yang paling saya suka adalah berakit di sg perak dan makan free..tu je yg saya bagi markah penuh untuk soal selidik..yang lain nasib baik takder nilai negatif,kalau tak yang itulah saya bagi..saya juga bersedia untuk menjadi panel untuk merombak kem BTN supaya ia kembali dipandang tinggi oleh rakyat..(satu kesilapan sebenarnya kutuk PR dalam BTN,sebab makin saya suka cari yang mana benar dan mana yang salah)...berlawan tumbuk dengan org takder tgn,memang sedap menumbuknya..

saudara/i yang tak percaya boleh ke BTN sendiri..handphone akan diambil,perakam tak boleh guna..tapi sayang,akal yang Allah berikan rupanya lebih hebat merakam berbanding alat perakam...saya jadi sedikit terkenal selepas kem BTN kedua tu..ada sahabat dari MPP universiti lain panggil saya Anwar ibrahim lah, ada yang panggil Tok Guru lah (sebab dia, malas nak taip)..

sekian,terima kasih..maaf atas segala kesalahan saya kepada fasi2 di BTN..saya kira yang ni pun Tok Guru patut doa sama....doa supaya dimurahkan rezeki ye...



3 comments:

Pemuda@gamA said...

Macam penah dengar je citer ni. Erm, ana percaya. Pernah ikut gak kem BTN ni.

Mahasiswa jangan terlibat dengan politk. Jangan dipergunakan oleh orang-orang politik.

Secara halusnya jangan terlibat dengan parti pembangkang, atau sokong pembangkang.

Kita dah aman!
Syukurlah dengan kerajaan.

Beginikah?

Ibnu Madzir said...

Tu tak nampak sangat..ni memang tayang betul2 gambar anwar, us ramadhan fitri dan banyak lagi la terutama aktivis mahasiswa..nasib baik tak bawa pen drive..kalau tak boleh jadi bukti alibi..

Cikgu Arif said...

Ambo langsung tak pegi kem BTN kedua tu. Kebetulan pulak ada program motivasi yang lebih mencabar pada wajtu tu.

Saya pun sokong BTN perlu dirombak dan digantikan dengan kem yang lebih telus dan ilmiah, tanpa mengenakan apa2 tekanan pada mahasiswa yg berbeza pandangan. Tahniah pd krj S'gor dan P.P. Negeri lain camne?

p/s : mungkin kem BTN tahun ni memaparkan gambar 'Anwar Ibrahim' UPSI pulak sebagai simbol kebangkitan di UPSI.