Tuesday, December 15, 2009

Mahasiswa UPSI:Pendaftaran Semester secara online

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR
IJAZAH SARJANA MUDA DAN
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENDAFTARAN SEMESTER SECARA ONLINE

1) Pendaftaran semester WAJIB dibuat secara ONLINE melalui MyUPSI Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar Semester secara online bermula pada 21 Disember 2009 hingga 28 Disember 2009.


2) Pelajar yang akan menjalani Praktikum/Latihan Mengajar juga DIWAJIBKAN membuat pendaftaran semester secara online.


3) Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 29 Disember 2009.


4) Pendaftaran Semester adalah tertakluk kepada Panduan dan Peraturan Akademik (Bagi Pelajar Lama) dan tertakluk kepada Kaedah UPSI (Perkara Akademik) 2008 (Bermula Pelajar Ambilan Julai 2008).


5) Jadual Kuliah hanya boleh dicetak oleh pelajar selepas Pendaftaran Semester dibuat.

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik
(Unit Pendaftaran).


http://akademik.upsi.edu.my/pdf/CARTA_ALIR_PENDAFTARAN_SEMESTER__TERKINI_.pdf

No comments: