Saturday, December 6, 2008

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

To: Kementerian Pelajaran Malaysia

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI


Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kami warga Malaysia, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan kepada peranan Bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa ilmu dan pendidikan, yang terus berlaku di Malaysia.

Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.

Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama”. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunapakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Untuk Maklumat Lanjut dan Petisyen Baca di sini

1 comment:

Syuhadah said...

Salam.
Ana stuju sangat dengan cadangan ni. Kalau skolah menengah guna PPSMI ana consider lagi, at least English depa dah ada asas kalaupun tak mantap, tapi untuk plajar skolah rendah y baru bertatih blajar B.I, terkial-kial diorang nak faham konsep y diterang guru. Mak mengajar di skolah pinggir bandar dan ana buat ROS 1 di situ jadi ana faham situasi anak kampung y keliru dengan conversion B.M ke B.I. Allahualam...